Selasa, 17 September 2013

Mengemaskini Fail dan Blog Kelab

Tarikh : 17.09.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.25 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 43/43


Guru Penasihat :

  1. Puan Roziaili bt Ismail
  2. Puan Noradhilla bt Arif

Aktiviti :

  • Setiausaha kelab dikehendaki mengemaskini blog Kelab Nilam dan buku laporan kelab.
  • Ahli-ahli kelab membaca buku-buku dan bahan bacaan di perpustakaan.
  • Ahli-ahli kelab mengisi dan mengemaskini buku nilam masing-masing.

Hasil Aktiviti :

  • Blog dan buku Kelab Nilam telah dikemaskini.
  • Ahli-ahli kelab telah dapat mengisi buku nilam masing-masing dengan bahan bacaan yang telah dibaca.

Khamis, 25 Julai 2013

Membuat Peta Minda

Tarikh : 24.07.2013
Masa : 8:25 a.m - 9:25 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 42/43


Guru Penasihat :
  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail

Aktiviti :

  • Ahli-ahli kelab membaca buku di perpustakaan.
  • Mereka dikehendaki membuat peta minda yang menarik mengenai bahan bacaan yang dibaca.
  • Peta minda yang kemas, menarik dan padat dengan isi penting akan diberikan hadiah serta cenderamata.

Hasil Aktiviti :

  • Pelbagai peta minda yang menarik dan padat isi penting telah dapat dihasilkan.
  • Ahli kelab telah mengetahui cara mengingati isi-isi penting dengan menggunakan peta minda untuk subjek yang mereka pelajari.
  • Ahli kelab dapat menggunakan bahan bacaan dan rujukan di perpustakaan dengan baik.

Khamis, 16 Mei 2013

Ceriakan Perpustakaan Kita

Bersama-sama mengganti renda di sekeliling meja


Tarikh : 15.05.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.25 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 41/42

Guru Penasihat :

  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail


Aktiviti :

  • Ahli-ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  • Kumpulan pertama menjalankan aktiviti menyusun buku di dalam perpustakaan.
  • Kumpulan kedua dikehendaki menceriakan ruang di dalam perpustakaan.
  • Kumpulan ketiga pula membuat mural di sepanjang kawasan luar perpustakaan sekolah.


Hasil Aktiviti :

  • Buku-buku di dalam perpustakaan telah disusun dengan kemas dan teratur.
  • Kawasan dalam perpustakaan telah diceriakan.
  • Kawasan luar perpustakaan menjadi lebih ceria dan menarik dengan mural-mural yang telah dilukis.

Khamis, 9 Mei 2013

Membuat Mural dan Membaca


Ahli-ahli kelab nilam bertungkus - lumus menjalankan tugas



Tarikh : 08.05.2013
Masa : 8.30 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 40/43

Guru Penasihat :

  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail


Aktiviti :

  • Ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Kumpulan pertama (terdiri daripada pelajar menengah atas) menjalankan aktiviti membaca dan mengisi buku nilam masin-masing.
  • Kumpulan kedua (terdiri daripada pelajar menengah rendah) membuat beberapa mural di dinding perpustakaan.
  • Terdapat juga ahli kelab yang menyusun atur buku-buku di dalam perpustakaan.


Hasil Aktiviti :

  • Buku nilam ahli-ahli kelab telah dapat diisi dengan maklumat yang diperoleh dari bahan bacaan.
  • Kawasan luar perpustakaan dapat diceriakan dengan mural-mural yang menarik,
  • Buku-buku atau bahan bacaan di dalam perpustakaan dapat disusun dengan elok dan kemas di atas rak. 

Cat-cat

Khamis, 18 April 2013

Gotong-Royong dan Membaca

Menyambung mengecat latar belakang mural di luar perpustakaan



Tarikh : 17.04.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 40/43

Guru Penasihat :
  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail
Aktiviti :
  • Ahli-ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Kumpulan pertama menjalankan aktiviti membaca buku dan mengisi buku nilam masing-masing.
  • Kumpulan kedua menjalankan aktiviti gotong-royong iaitu mengecat dan menceriakan kawasan luar perpustakaan.
Hasil Aktiviti :
  • Buku nilam setiap ahli kelab telah diisi dengan maklumat-maklumat daripada bahan bacaan yang dibaca.
  • Kawasan di sekitar perpustakaan dapat diceriakan dan menjadi lebih menarik.

Khamis, 4 April 2013

Menceriakan Perpustakaan :)

Setelah sudah kerja-kerja menampal
Kami menceriakan perpustakaan dengan menampal artikel yang berfaedah



Tarikh : 03.04.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 38/43

Guru Penasihat :
  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail
  3. Encik Kumar

Aktiviti :

  • Aktiviti menceriakan perpustakaan dilakukan oleh ahli kelab yang terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu pelajar-pelajar tingkatan lima.
  • Ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar menengah rendah pula menjalankan aktiviti membaca dan mengisi buku nilam masing-masing.
  • Ahli-ahli yang ditugaskan untuk menceriakan perpustakaan telah dibahagikan kepada beberapa tugas seperti mengecat dinding , menampal maklumat baru dan membersihkan kawasan sekitar perpustakaan .

Hasil Aktiviti :
  • Kawasan perpustakaan telah dapat diceriakan dan menjadi lebih menarik.

Khamis, 28 Februari 2013

Membaca buku dan Membuat Paper Lotus

Lotus / boleh tambah batang bunga jadikan rose

Tarikh : 27.02.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMKIS
Kehadiran : 40/43

Nama Guru Penasihat :
1) Puan Noradhilla bt Arif
2) Ustazah Roziaili bt Ismail
3) En. Kumar

Fasilitator : Nurul Huda Hasan

Aktiviti :
  1. Membaca dan mengisi buku nilam.
  2. Beberapa orang ahli kelab nilam diminta untuk membuat ulasan mengenai buku yang dibaca serta diberi hadiah.
  3. Membuat origami bunga lotus.

Tambahan : Untuk makluman anda semua, Kelab Perpustakaan dan Nilam telah menerima kedatangan guru penasihat baru iaitu En. Kumar (guru praktikal SMKIS).

Shoutbox