Khamis, 16 Mei 2013

Ceriakan Perpustakaan Kita

Bersama-sama mengganti renda di sekeliling meja


Tarikh : 15.05.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.25 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 41/42

Guru Penasihat :

  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail


Aktiviti :

  • Ahli-ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  • Kumpulan pertama menjalankan aktiviti menyusun buku di dalam perpustakaan.
  • Kumpulan kedua dikehendaki menceriakan ruang di dalam perpustakaan.
  • Kumpulan ketiga pula membuat mural di sepanjang kawasan luar perpustakaan sekolah.


Hasil Aktiviti :

  • Buku-buku di dalam perpustakaan telah disusun dengan kemas dan teratur.
  • Kawasan dalam perpustakaan telah diceriakan.
  • Kawasan luar perpustakaan menjadi lebih ceria dan menarik dengan mural-mural yang telah dilukis.

Khamis, 9 Mei 2013

Membuat Mural dan Membaca


Ahli-ahli kelab nilam bertungkus - lumus menjalankan tugas



Tarikh : 08.05.2013
Masa : 8.30 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 40/43

Guru Penasihat :

  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail


Aktiviti :

  • Ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Kumpulan pertama (terdiri daripada pelajar menengah atas) menjalankan aktiviti membaca dan mengisi buku nilam masin-masing.
  • Kumpulan kedua (terdiri daripada pelajar menengah rendah) membuat beberapa mural di dinding perpustakaan.
  • Terdapat juga ahli kelab yang menyusun atur buku-buku di dalam perpustakaan.


Hasil Aktiviti :

  • Buku nilam ahli-ahli kelab telah dapat diisi dengan maklumat yang diperoleh dari bahan bacaan.
  • Kawasan luar perpustakaan dapat diceriakan dengan mural-mural yang menarik,
  • Buku-buku atau bahan bacaan di dalam perpustakaan dapat disusun dengan elok dan kemas di atas rak. 

Cat-cat


Shoutbox