Khamis, 18 April 2013

Gotong-Royong dan Membaca

Menyambung mengecat latar belakang mural di luar perpustakaan



Tarikh : 17.04.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 40/43

Guru Penasihat :
  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail
Aktiviti :
  • Ahli-ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Kumpulan pertama menjalankan aktiviti membaca buku dan mengisi buku nilam masing-masing.
  • Kumpulan kedua menjalankan aktiviti gotong-royong iaitu mengecat dan menceriakan kawasan luar perpustakaan.
Hasil Aktiviti :
  • Buku nilam setiap ahli kelab telah diisi dengan maklumat-maklumat daripada bahan bacaan yang dibaca.
  • Kawasan di sekitar perpustakaan dapat diceriakan dan menjadi lebih menarik.

Khamis, 4 April 2013

Menceriakan Perpustakaan :)

Setelah sudah kerja-kerja menampal
Kami menceriakan perpustakaan dengan menampal artikel yang berfaedah



Tarikh : 03.04.2013
Masa : 8.25 a.m - 9.30 a.m
Lokasi : Perpustakaan SMK Iskandar Shah
Kehadiran : 38/43

Guru Penasihat :
  1. Puan Noradhilla bt Arif
  2. Puan Roziaili bt Ismail
  3. Encik Kumar

Aktiviti :

  • Aktiviti menceriakan perpustakaan dilakukan oleh ahli kelab yang terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu pelajar-pelajar tingkatan lima.
  • Ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar menengah rendah pula menjalankan aktiviti membaca dan mengisi buku nilam masing-masing.
  • Ahli-ahli yang ditugaskan untuk menceriakan perpustakaan telah dibahagikan kepada beberapa tugas seperti mengecat dinding , menampal maklumat baru dan membersihkan kawasan sekitar perpustakaan .

Hasil Aktiviti :
  • Kawasan perpustakaan telah dapat diceriakan dan menjadi lebih menarik.

Shoutbox