Sabtu, 19 Januari 2013

Perjumpaan Kali - 1 (Mesyuarat Agung)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada hari rabu, 16 Januari 2013,
Kelab Perpustakaan dan Nilam telah mengadakan mesyuarat agung buat kali pertama pada tahun 2013. Seramai 43 orang telah memasuki kelab ini iaitu pelajar-pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tiga orang guru penasihat iaitu :

  • Pn. Noradhilla bt Mohd Arif, 
  • Pn. Roziaili bt Ismail
  • Pn. Junainah bt Othman.
Agenda pertama dalam mesyuarat ini ialah pelantikan jawatan-jawatan penting dalam kelab . Antara jawatan tersebut ialah pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa daripada tingkatan 1 sehingga 5. Seterusnya, setelah selesai pelantikan jawatan kelab, kami berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang tahun 2013 ini. Ahli-ahli kelab diberi peluang untuk memberikan cadangan aktiviti yang ingin dilakukan. Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ahli-ahli kelab ialah seperti berikut :

  • Lawatan ke karnival buku
  • Mengadakan kuiz pengetahuan
  • Pertandingan pidato/syarahan
  • Membuat origami
  • Menghias perpustakaan
  • Pertandingan 'Treasure Hunt'
  • Pertandingan mencipta sajak

Tiada ulasan:


Shoutbox